Our Anniversary

Our Anniversary
Memaparkan catatan dengan label Luahan Perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Perasaan. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2014

Dugaan belum berakhir....

Salam semua..

Perjalanan pregnancy utk setiap wanita memang berlainan. 5 bulan pertama kehamilan, takde alahan sgt.. Muntah2 pon takde sgt... Lepas je 5 bulan, dugaan mula datang... I've started to have vaginal bleeding... Start masa raya aidilfitri... Dekat seminggu bleeding but on and off. Plan nak jalan2 blk kg cancel terus. Adik advise kene bed rest je dulu dan takleh wat keje berat. So, raya tu aku jadi mem beso dlm umah... Mkn tido saje... Hehehe... Lps raya baru pegi jumpe doktor kat klinik. Nurse marah sbb lambat jumpa doktor. Padahal, doktor chill je... Huhu

Ingatkan time tu je bleeding... Bulan depan tu bleeding lg sekali... Kali ni terus menyerah diri ke hospital dan terus kene warded. 3 hari gak la duk spital. Doc kata sbb low lying placenta=uri kat bawah... Tapi takde rawatan yg bley cure bleeding tu.. Hanya boleh bed rest dan minimize movement dan tunggu smp bleeding stop... Doc siap ckp kalau bleeding teruk, dia akan selamatkan ibu.. Not baby.. Sebab time tu baru 23 weeks so baby belum matang. Kalau lahir pon chances utk survive di luar tu amat tipis... Sedey gile dgr doc ckp mcm tu... Rasa mcm kenapalah dugaan tak abis2 lagi.... Masa tu dah emo balik... Hilang punca sekejap... tapi Allah tu Maha Penyayang... Lepas 3 hari bleeding stop.

Then, start la keje balik... First day keje dah ckp siap2 dgn bos takleh travel jauh2... Light duty only... Tp still have to attend meeting and discussion... Which means i need to move and walk a lot... Nak pegi solat and toilet pon kene jln... Ditambah dgn beban keje lepas almost seminggu tak masuk opis... Ditakdirkan Allah, ptg tu lepas balik keje bleeding balik .... Stress dan sedey gila... Terus menyerah diri kat hospital dan warded smp 4 hari... Alhamdulillah bleeding tak makin teruk...

Masa duk spital tu, start la pikir macam2... Kenapa ujian Allah tu tak stop lagi? Aku ada buat salah ke? Argghhhhhh.... Stresss... Mase tu setan mmg suka la cucuk2 mcm sbb tgh vulnerable sgt...

Smp satu ketika, istighfar dan chill sekejap. Mesti ada hikmah atas apa yg terjadi. Maybe ape yg kita igt baik utk kita, sebenarnya tak baik utk kita... Ckp balik dgn diri sendiri.... Jgn buruk sangka dgn Allah...

Then, lps keluar wad terus msg bos inform nak cuti sebulan utk bed rest. Alhamdulillah... Bos memahami dan approve cuti... So bermulalah episod bed rest di rumah... Walaupon bed rest kt umah, bleeding still ada on and off. Kadang2 heavy flow... Kadang2 spotting shj...

Smp kandungan 28 weeks, pegi balik spital utk scan uri dan baby. Resultnya: confirm placenta previa type 2. Uri kat bawah dan almost tutup jln or tutup servik.. Ditambah pulak dgn bleeding yg masih on-going... Terus kene admit wad sampaila ke hari ini... Huhuhu

So, disinilah rumah no 2 sehingga hari bersalin... Kemungkinan besar kene caesar... Huhu... Takpelah as long baby kuar sihat dan kuat....

Duk wad ni pon byk pancaroba nye... To be continued... :)

Selasa, 11 November 2014

I'm back again...

As salam semua...

Dah setahun lebih tak blogging... Byk perkembangan yg berlaku dlm masa 1 tahun lebih ni...

Firstly. Alhamdulillah sebab Allah masih kurniakan kesihatan baik sbb masih mampu bercakap, mkn, minum, berjalan.. Etc

Secondly, I have good news!!!! :) I'm pregnant 7.5 months now... Alhamdulillah... Allah bagi peluang kat saya utk rasa nikmat/sakit menjadi seorang ibu... :)

Next post saya akan share ape effort yg telah dibuat utk that may lead to conceiving this baby :)

Till then...

Jumaat, 18 Mei 2012

I'm back! .. for a while...

Dekat sebulan menyepikan diri dari blogging... Bukan merajuk or depressed... cuma xde idea nak tulis ape dah psl TTC...

2-3 hari ni.. lepas dpt beberapa input psl TTC and rawatan alternatif... aku ngan asben dah buat strategi baru utk TTC... dan salah satu alternatif tu mungkin boleh menyebabkan blog ni terbiar jadi semak tanpa update... ehehehe....

  1. Mungkin kitorang akan pegi rawatan alternatif plak sambil jumpe asyraf muslim jumpe Ustaz Lokman di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah . Ada member cite yg opismate dia 4x gugur ... lps tu jumpe ustaz, ustaz diagnosed laki dia ade saka/mahkluk halus yg kacau kandungan tu.. lepas berubat, wife tu pregnant... Maybe utk condition kitorang yg "unknown caused of infertility" ni, boleh cuba buat "alternative checkup" plak lepas "medical checkup" tunjuk yg ktorang ni normal... Who knows... tok nenek ktorang dulu ada bela saka ke.. Huuhuhuhu...
  2. Asben ada dgr dlm radio IKIM... ade la doktor ni ckp ... utk org2 yg x-diketahui-hujung-pangkal-nape-tak-pregnant2-ni, kemungkinan puncanya adalah "STRESS"... Doc ckp...
  • kalau nak tau stress ke tak... ce tgk time kite tgh "bersama"... ada tak masa tu kite asik buat posisi yg "recommended" utk make babies shj (cth: doggie style, tinggikan punggung pas bersama, angkat kaki pas bersama.. etc) ... ada jadual utk "bersama" ikut time kite ovulate... Bila pikir2 balik... aah la... semua yg doc ckp tu mmg ktorang buat ... hehehe....
  • Then doc ckp lg, mostly couples yg amik anak angkat, lps tu most probably akan dpt anak sendiri sbb dh tak stress sgt nak anak sendiri sbb dah ade anak angkat.. (byk betoi sbbnye)... So kitorang ada terpk gak nak amik anak angkat.. tp asben ckp tunggu dulu.....
  • Lastly, doc ckp .... OBESITI adalah punca infertility.. huhuhu... mak aku (Ex-nurse) pon dah ckp gitu.. adik aku (doktor) pon ckp mcm tu... aku je in denial sbb asik pegang pada statement "ala... org gemuks pon pregnant gak ape.." 

So, kesimpulannya.... ada beberapa actions yg akan kitorang amik ...

  1. Kuruskan badan smp capai BMI
  2. Stop medical treatment / sambung IUI bila dah capai BMI yg sepatutnya.. (kemungkinan thn dpn la kot kurus...huhu) Aritu ade call LPPKN utk 2nd IUI.. Doc plak tak available.. so menguatkan lagi teori kitorang utk meng-on-hold treatment... 
  3. Sambil2 tu, cekidaut rawatan alternatif incase ada makhluk2 yg tak dijemput ni mendampingi ktorang
  4. Tamo lagi pk pasal anak... Redha je dgn kehidupan yg ada sekarang ni... focus on living a healthy lifestyle.. Enjoy kehidupan berdua... kumpul duit utk jln2 & umrah... sedekah byk2 ... focus utk menambah bekalan utk akhirat (asik melabur unit trust,asb je kan.. ni melabur utk akhirat la pulak...)
So kemungkinan, blog ni akan terbiar... ataupun akan diupdate dgn cerita yg takde kaitan ngan TTC... hehehe.. Apepon, utk kawan2 yg still TTC, teruskan usaha + doa... ktorang sentiasa doakan yg terbaik utk korang... Doakan yg sama utk kitorang gak!! Jgn STRESS tau :)

Rabu, 4 April 2012

'Cargas' and Positif

Hari ni mahu 'cargas' dan positif !!! 

Terima kasih 'ayah', mumu (atas kasih sayang korang) serta rakan2 bloggers yg memberi sokongan  :)

Isnin, 2 April 2012

I want to feel nothing

Tanda2 nak period mcm dh muncul... jerawat kat dahi (selalu sebijik je,.. ni 3-4 bijik) ... expected period day is Wed, 4/4/12.. haish.. lagi 2 hari je ni... Tapi sakit2 belakang blm muncul lg..

Everyday I recited doa Nabi Zakaria.. sampai dah hapal.... dgn harapan kali ni Allah perkenankan doa.... Nervous > takut mengharap > takut sedey ... :(

My last UPT was back in 2010. I stopped the test to avoid being sad ... and feeling like such a loser.. each time i saw the 1-BFN line.....

In a week i must confront my fear... either when my period eventually come... or if still no period by 13/4 , take the UPT at LPPKN..

I want to feel nothing................... but i know it's impossible......

Selasa, 20 Mac 2012

Rasa macam mak ayam

Adeh.. nak buat keje takleh concentrate sbb perut senak (tulis blog bole pulak ye?? hihi) Doc ckp ni symptom biase sbb ovari kite penuh dgn telur2 yg bakal menetas esok... adoi... dah rase mcm mak ayam pulak ni ha...

Sabtu, 25 Februari 2012

Google nama sendiri

Penah tak google nama sendiri? try la.. tgk glem ke tak... hahaha.. dan make sure la takde info2 sensitip korang yg bertaburan dlm internet ni...

Malam2 ni xde koje...terpaksela carik koje google nama sendiri.. alih2 jumpe blog lama zaman prektikel dulu... best plak bace kisah2 silam... (luahan perasaan dikala keboringan masa prektikel.. hahha). Mengenangkan banyak plak kisah2 silam yg bley dikaitkan kalau tetiba ada org gatal jari nak google nama aku ni (kot2 client ke..bos ke..huishh malu2)

Pokoknya... delete aja blog lama itew... huhuhu...

Selasa, 21 Februari 2012

Set Fire to The Rain (adele..pinjam tajuk sat..)

Kpd pembaca blog ini, yg ttc mahupun tidak ttc, sesungguhnya kami yg ttc ini hanyalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan mcm org lain. Fahamilah kami sebagaimana anda memahami org yg menghidap jantung berlubang, kencing manis, org kurang upaya.. etc.. Kalau rasa ape yg kami tulis ni tak betul, sila lah pendam je sbbnye ape yg kami tulis ni mmg betul berdasarkan pengalaman sendiri + org lain yg sekapal. Tapi.... isu yg kami tulis tu mungkin tak applicable utk semua org sbb realitinya, tak semua org sama.... itu aje yg perlu anda faham....


p/s: tajuk takde kaitan ngan entry pon...ehehe

Khamis, 16 Februari 2012

Post emo: kecoh la minah ni

Aku pon nak anak gak.. takde la kecoh mcm si memey ni.. nanti kalau 6 bulan lagi pregnant, masuk paper "Memey mengandung"... pastu beranak "Memey dapat anak"...

Kalau x pregnant2 gak, kuar plak "Memey cuba dapat anak" ... lepas 3 tahun x dpt gak "Memey pasrah tak dapat anak".... 

Lepas 5 tahun, Norman plak kuar statement "Saya mahu anak, jadi saya kahwin lain"... hehehe

 

p/s: ini hanya lawak,,, bukan realiti lagi .. saya sentiasa mendoakan semua wanita mendapat zuriat yg sempurna dan suami yg mencintai anda

----------------------------------------------------------------------

Memey mahu anak



Memey mahu lebih selektif dalam pemilihan karakter.


SEBELUM ini memang merancang juga... tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang."
Demikian kata jujur daripada bibir pelakon Memey Suhaiza ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Mingguan Malaysia di pusat membeli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Isteri kepada aktor Norman Hakim itu mengakui, sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, dia kini merasakan kehidupannya cukup berbeza.
Melalui raut wajah dan senyuman yang sentiasa terukir, nyata dia kini sedang berbahagia melalui kehidupan baru sebagai seorang isteri.
"Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna.
"Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri," katanya lagi.
Berbicara soal lakonan selepas mendirikan rumah tangga, Memey memberitahu, dia akan meneruskan kerjaya yang menjadi minatnya selama ini.
Namun tegas Memey, dia akan lebih selektif dalam pemilihan watak. Bukan berlagak cerewet tetapi keputusan itu diambil bagi menjaga hati suami tersayang.
"Setelah berkahwin dan menjadi isteri orang, saya sendiri perlu sedar akan tanggungjawab. Dalam masa yang sama saya juga perlu tahu membezakan mana yang baik atau buruk dalam membuat keputusan," jelasnya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama bekas isteri suaminya, aktres Abby Abadi, Memey memberitahu, semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
"Jika berjumpa, kami akan buat hal masing-masing. Biasanya kami berjumpa ketika Abang Norman hendak mengambil anak-anak. Tetapi, kalau berjumpa, kami memang tidak bercakap pun," jelasnya lagi.
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 26, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September tahun lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod, Bukan Untukmu, terbitan Suhan Movies and Trading Sdn. Bhd.
Dalam drama tersebut, Memey digandingkan bersama Ako Mustapha dan turut dibintangi oleh Ana Dahlia.

Anniversary trip: Pulau Rawa

wah... advance btul planning ktorang.. dlm kepala asik nak jln je.. ekekek.. anniversary bulan 10 nanti , nak pegi Pulau Rawa, Johor. Pulau ni tak glem sgt... tapi beach dia.. subhanallah... manyak cantek lah.. ongkos nye boley tahan mahal.. tapi takpe, kumpul duit dari sekarang... ehehe...

Utk rakan2 yg dah ketandusan idea nak pi honeymoon kat mana, cekidaut http://www.rawa.com.my/  & http://alangsrawa.com/ :D

Nak gi Honeymoon kat PD .. yeye

Dah lama tak honeymoon berdua-duaan tanpa sanak saudara.. ekeke... Tanye asben kelmarin..."yang.. ade bajet lebey tak bulan ni? jom pi tido hotel wikens ni buat projek buat hilang tensen?" asben ku pon berkata "marii.... cayang booking hotel kt pd ye".. yeyeye... ape lagi, terus call hotel booking bilik kat PD. Memula nak tido Tiara Beach resort.. tp bila baca review kat tripadvisor mcm tak besh je, tukar plan ke Selesa Beach Resort.. Dlm Tripadvisor.com, Selesa ni ranking #6 (haritu #5 huhu) , lepas thistle & 4 lagi hotel-yg-mahal-tak-hengat.

Next honeymoon, bulan 3... hahaha bejalan tak hengat. yg tu hotel free kat Cameron Highland (sbb ade subcribe dgn travel agency .. so dorang kasi penginapan 1 mlm free kat hotel yg affiliated ngan travel agency ni)

Ye rakan-rakan sekalian.. tahun ni tahun berjalan utk kami... enjoy jgn tak henjoy!!!  ekeke

Rabu, 8 Februari 2012

Object Oriented vs Dining table.. apekah???

Cik P dtg melawat dgn mesranya Ahad lepas.. hari ni dh CD 4... quite late to make an IUI appt with LPPKN.. for the past few months, no luck in setting up appt.. so i guess this cycle DIY as usual...

i think, after 2 yrs of marriage, making love with ttc in mind is kinda "object oriented" sgt... thinking something "new" to spice up the "night"... hehehe... sexy lingerie, candles, aromatherapy, "dining-table"... oopss... :D

Tajuk post tukar skit utk jd lebey spicy... hahaha.... (tgh bosan mode ni..)

Jumaat, 3 Februari 2012

Hangin mode: Double parking

Ada org "bijak pandai" double parking blakang keta aku kat opis... pastu tak tinggal no hp + tak tarik handbreak... hangin satu badan... baru je plan nak kuar pi beli bhn2 kek ngan antar borang jpj kat kedai keta thari ni... :(

Tak puas hati, aku pi report kat admin.. suh buat announcement ... kalau kene clamp, nasebla badan... bagi memuaskan hati yg tgh bengang ni.. aku kasi note skit kat keta dia.. bunyiknye lebey kurang gini:

"Please be more considerate next time you'll double parking. Leave your hp no or release hand break or you'll make someone's life miserable!"

Semoga dia "insaf" & alihkan keta cpt2 sbb kejap lagi aku nak blk woii!!

p/s: hangin2 ni mcm Cik P nak dtg je.... huhu

Sabtu, 28 Januari 2012

Keistimewaan isteri yg belum ada anak

Kesinambungan daripada "Bahagiakah Tanpa Zuriat"... b&c telah menulis satu entry yg cukup related kpd kehidupan kita2 ini.. well done b&c .. klik sini

Jumaat, 27 Januari 2012

Bahagiakah Tanpa Zuriat?

Tajuk yang sungguh menusuk kalbu dalam rancangan Semanis Kurma. Haritu bosan2 gi youtube carik video Tanyalah Ustaz yg kat NTV9. Mama ade inform haritu ade ustaz bagi tips minum susu kambing + kurma. Tapi takde plak org yg baik hati mengupload episod tu. so instead, jumpe Semanis Kurma nye episod. Ada 3 link kat youtube (pecah 3)
  1. http://www.youtube.com/watch?v=dBrg03doNZs&feature=related
  2. http://www.youtube.com/watch?v=fZ1QVpYjsBM&feature=related
  3. http://www.youtube.com/watch?v=NHNlAZzCbCc&feature=related
Kesimpulannya, kebahagian tu terletak pada apa yg diri kita define & nak sbg bahagia. Kalau kita nak bahagia tu bila dpt anak, maka selagi kita takde anak, kita akan sentiasa rasa tak bahagia. Tapi kalau tgk, ade org yg ada anak, tak bahagia jugak, asik gado laki bini. Ade plak yg ade anak, anak perangai x bagus, mak pak x bahagia gak. Ada yg byk duit, tak bahagia gak sbb ada penyakit.

So, bahagia tanpa zuriat tu boleh dicapai. Bak kata suaminye ustazah bahiyah, kita boleh letak kebahagiaan tu di sepanjang perjalanan kita atau usaha kita utk mendptkan zuriat. Walopon belum smp ke destinasi, kebahagiaan tu kita dh kecapi bersama suami.

So, marilah kita sama2 tukar mindset kebahagiaan kita agar kita masih bahagia walopon tanpa zuriat.... insyaAllah... (ce tuko..ce tuko.. :)

Isnin, 9 Januari 2012

Kesabaran yg tinggal 50%

Dah lama tak update blog. Malas pon iye.. xde update psl treatment pon iye.. Lepas Dr.H blk haji, try buat apt utk IUI awal bln 12/2011 haritu... nurse ckp dorang tak terima apt utk bulan 12 sbb dorang buat equipment maintenance & doc byk cuti bulan tu.. ok la fine.. kang kalau tak buat maintenance kang ade plak gambar baby jadi gambar supermodel plak..

Tadi, lps period dtg skali lagi dgn jayanya, call la LPPKN nak buat apt. Dr.H plak tak available next week.. ade kursus 3 hari katenye.. so kalau jumpe Dr.H minggu ni pon setakat consultation je la.. utk proceed IUI, impossible sbb kalau start mkn ubat/inject ubat minggu ni, next week kene jumpe utk scan..etc..

Rase nak nanis je td... :( So, xde jln lain, terpaksela tunggu cycle next mth. Tetibe rase mcm nak pegi buat treatment tmpt lain je sbb kesabaran dh tinggal 50% je.... nak bincang ngan asben la cemane nak way fwd.. susah kot mcm ni....

Waiting period utk IUI = 3 bulan
Tahap kesabaran menunggu = 50%
Umor = dah 3 series

rasa down sgt hari ni.... :(

Khamis, 20 Oktober 2011

Doc ku pegi Haji!

Semalam Cik P dtg dgn jayanya... bulan ni mmg takde mengharap sgt sbb DIY main belasah je tak ikut timing huhuhu.... So, plan nye nak sambung treatment utk IUI. Tadi call la LPPKN, nak set appt ngan Dr.H. Sekali nurse jawab Dr.H pegi haji da.... aisey.. tergendala projek IUI ku.. Nurse tu siap nasihat cuba dulu DIY sementara nak tunggu Dr.H balik (dijangka 45 hari). Anyway, agaknye nurse tu takmo aku down, dia suh call balik kalu period bulan 11 (tp aku doubt dia dh msk keje blk bln 11).

Jadi, IUI.. tungggguuuu.... Aku tak sedey sgt .. sbb aku ade 'projek' lain (which is 5minggu 5kg tu la .. ape lagi.. hahaha) So, rilek_mode la kite ye... tenang2kan hati... eksesais2... enjoy life! :)

P/S: Dr. H, jgn lupa kami dlm doamu...

Isnin, 17 Oktober 2011

7 tips mengurangkan stress TTC

Sendiri juga punya tips... xde dlm majalah... hahahaha ... ini yg diamalkan (tp kadang2 x konsisten sgt .. hehe)
  1. Mendekatkan diri dgn Allah - doa selepas solat, baca quran (surah ar rahman selalu dpt menenangkan hati ... xtau kenape),
  2. Menumpang kasih pada anak buah... bwk budak2 jalan2... at least kita dpt jugak rasa kasih sayang budak2 kat kite...
  3. Sibukkan diri dgn kerja (tp jgn smp kerja plak buat kite tensen.. huhu)
  4. Cari hobi baru : memasak, menulis, photography, layan basikal (mtb, fixie, roadbike).. etc .. mmg boleh release tensen
  5. Cari target baru dalam hidup .. contoh nye target nak kurus dalam masa 5 minggu .... hahahaha
  6. Pegi bercoti dgn asben.. tenangkan diri.. dekat2 pon ok... bkt tinggi ke.. genting ke.. cameron ke... (janji sejuk mueheh)
  7. Memandang hidup ini sebagai 1/2 full... masih byk lagi yg boleh kita kejar dan capai dlm hidup ni.. tidak mempunyai anak bukan bermakna kita tak cukup sifat sbg seorang manusia....
Saya suka baca entri ni  ttc-littlekhalifah ... i quote "sometimes it will happen when we never expect" (plus sbb akak ni nak pegi beijing bercoti.. hihi) Yup.. hopefully, it will come when i least expected it.. to become "least expected", kenela channel kan energy pada benda2 lain yg tak kurang pentingnya dlm hidup ni.. :)

Khamis, 6 Oktober 2011

RIP Steve Jobs


“Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being. Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple.””

If you would like to share your thoughts, memories, and condolences, please email rememberingsteve@apple.com

-----------------------
Banyak gak pakai gajet2 dari Apple ni.. Semuanya hasil dari si genius SJ ni.. FYI, SJ menghidap kanser pankreas sejak 2004 dan perjuangan SJ berakhir semalam. Ni gambo masa dia tgh sakit.. 
 

Dalam tahun 2005, SJ ada bagi 1 speech kat Stanford University yg boleh dijadikan renungan utk kite:

"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life," he said. "Because almost everything -- all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure -- these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important."

Utk kita TTCian, maybe kita boleh anggap dugaan kita tak sehebat orang2 yg di beri dugaan sakit kronik yg harapan nak sembuh tu tipis. Jadi, bersyukur lah kita masih ada masa utk beribadah utk persiapan menghadapi sakaratul maut nanti...