Our Anniversary

Our Anniversary

Jumaat, 27 Januari 2012

Kurma dan Susu Kambing

Berkat menggoogle, terjumpa website ni.. rasenye ni la tips yg mama kate ade kuar kat Tanyalah Ustaz haritu... Cekidaut!

Petua ini diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz,

Ambil segengam buah tamar atau kurma, segengam suami, segengam isteri. Kemudian dicampurkan dengan susu kambing dan anda kisar sehingga hancur. Susu kambing boleh jadi susu segar atau susu kambing yang biasa boleh didapati di pasaraya. Minumlah sekali seorang satu gelas di waktu pagi. Jika boleh, baca ayat berikut:

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5) 

Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap pagi buat pasangan suami isteri. Pantangnya pula ialah jangan makan atau minum benda berasid contohnya limau, benda-benda yang masam, dan makanan seperti tomyam perlulah dielakkan. Makanan-makanan ini akan membuatkan sel telur sukar melekat pada rahim.

InsyaAllah, menurut ustaz yang memberikan petua ini, dalam masa setahun akan dapat hasilnya.

2 ulasan:

  1. babe..bukan smalam kita makan steamboat kuah tomyam ke?? haha..

    BalasPadam