Our Anniversary

Our Anniversary

Khamis, 14 Julai 2011

Check up at LPPKN - 1st appointment

Berkat meng'google' dan membaca blog-blog pasal check kesuburan, Isnin lepas 11 Julai 2011, pagi2 pukul 8am terus call LPPKN Jln Raja Laut utk set 1st appt:

Alamat :
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN,
12B, Jalan Raja Laut,
Peti Surat 10416,
50712 Kuala Lumpur.

Telefon: +603 2693 7555
Faks : +603 2691 9431
Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Alhamdulillah... dpt set hari selasa the next day kol 8:30am. Memang cun la selasa ni sbb hubby cuti.. hubby keje shift so susah skit nak cuti2 mengejut ni... Ckp ngan hubby 'Nerbes' plak nak gi jumpe doc.. hubby kate rilekla.. bkn nak pegi job interbiu..muehehe..
Oh ye.. blog2 yg menjadi inspirasi kpd kami adalah spt berikut:

Kekda - http://pnstoberi-ttc.blogspot.com
Little Mama - http://littlemamadiary.com
Herumi- http://netonx.com/rawatan-kesuburan-di-lppkn-pertama-kali.html

I heart you all!! dan syukur kpd Allah yg telah menggerakkan jari2 ini untuk meng'google' blog2 ini dan tergerak hati utk call LPPKN... selepas pengalamanm yg tak brapa best di An-Nur....

OK. Sambung cita psl LPPKN.

7:30 am me and my hubby dah betolak menuju ke LRT Sg. Besi. Parking kereta 5hengget kat  tmpt car wash dpn masjid sg besi tu. then naik lrt smp Sultan Ismail. Memula konpius jugak either nak turun kat Sultan Ismail or Bandaraya. Bila google map, tgk location LPPKN mcm lebey dekat kalau turun kat stesen Sultan Ismail. So ktorang pon turun la kat Sultan Ismail. Turun2 terus dongak ke langit.. sbb nak carik bangunan yg ade tulis "LPPKN" hehe..
last2 jumpa... naik tingkat 6. Sampai2 dah 8:35am. Tgk org tak ramai lagi... Bila register , dpt no 005. It means.. dah ade 4 org register utk hari tu.. ok la kot.. tak ramai sgt...

So, akak kat reception tu interview la psl tarikh kawen, pekerjaan, gaji..etc..nampak mcm mesra2 gitu... takde la muka tensen2.. so, otomatik dah rase suka dtg kat sini.. environment pon nmpk kemas dan profesional... lepas register, akak tu (nurse la kot sbb pakai baju nurse) suruh hubby naik tingkat 7 utk pengeluaran 'love juice'. Uish.. sunggo pantas... Hubby tanye la nurse tu, bley ke isteri ikut... nurse tu sengih2 sambil ckp kalau bley, try sendiri dulu.. kalau betul2 tabley, baru panggil talian hayat. Kesian plak kat hubby.. tapi dh nurse ckp gitu, dia ikut je la.. maka berpisahla kami sorang di tingkat 6 dan sorang di tingkat 7. Then, nurse tu bagi file dan suruh letak kat bilik hujung. Doktor yg bertuah ialah Dr. Hamizah. Masa tu doa supaya doktor ni better frm Dr.F.


Sambil menunggu giliran utk dipanggil, jln2 kat area menunggu tu. Then, lalu dpn bilik Dr. Hamizah. Ada mcm board yg penuh dgn kad2. Baca la satu2 kad kat situ. Semua kad 'thank you' to Dr. Hamizah oleh pasangan2 yg dh berjaya conceived dan selamat melahirkan baby hasil consultation Dr.Hamizah.. Terus jadi terharu dan sebak jap rasa nak nangis tapi tahan la (ish..mcm aku plak Dr.Hamizah). Takkan nak nangis plak.. kang nurse tu kate blm apa2 lagi dh lemah semangat.. muehehe.. Then after a few seconds rasa bersemangat sbb dah ada proof of concept dpn mata. Dalam hati aku berdoa semoga one day, aku jugak akan jadi salah seorang yg hantar kad kat Dr.Hamizah. Amin. Allah je tahu time tu betapa teringin tahap gaban nak dpt baby  :).

Then, bila tgk sekeliling ramai je pasangan2 yg senasib ngan kitorang. So, kitorang tak la keseorangan dalam menempuhi dugaan ini. Ramai lagi yg senasib... mungkin lagi lama dah kawen dr ktorang...

Tgh syok2 melayan perasaan, tetiba nama kene panggil. Igt jumpe doc, rupanya 1st appointment jumpa nurse je. So, interview session bermula. Mcm2 soalan dari 1st time period sampaila brapa kali "bersama" ngan suami dlm masa seminggu. Kelu jap lidah nak jawab sbb dok nak igt blk. Agaknye nurse tu pon paham, dia bagi la pilihan jawapan .. seminggu sekali ke.. 2 minggu sekali ke... hehehee....terus pilih jawapan.. dan seterusnya soalan2 lain yg tak brapa nak igt. Lepas abis sesi interview, nurse suh tunggu hubby and result SA. So lepas hubby habis menyumbang "love juice" nye, maka kami pon pergi ke level 2 utk sarap. Masa tu dh pukul 10:30am. Masa nak turun lif bertembung dgn nurse yg jaga reception. Buat2 ramah, jadi tanya la nurse tu agak2 brapa lama nak dpt result SA tu. Akak nurse tu ckp myb 1-2 jam. Lama gak tu..

Disebabkan tanak keboringan menunggu, kami pon mengambil keputusan utk bershopping kat Sogo yg sepelaung je tu..hahaha... Hubby dpt rembat 3 psg jeans manakala sang isteri hanya cuci mata sbb takde yg bekenan di hati. Kol 12 kami pulang semula ke LPPKN. Tunggu 5 minit je pastu nurse panggil masuk nak interview hubby. Hubby kena tanye mcm2 from merokok ke tak,, ada sakit ni ke tak...etc.. Lastly, nurse inform result SA. Alhamdulillah, hubby pass with flying colors! :)

Then, nurse explain next process that we need to go through. I will explain in the next entry ek... tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan