Our Anniversary

Our Anniversary

Khamis, 14 Julai 2011

Tips dari LPPKN: Persediaan Sebelum Berjumpa Doktor

Masa last interview ngan nurse, ada beberapa panduan/tips yg dorang bagi utk semua pasangan dalam sehelai kertas (aku copy sebijik mcm dlm kertas tu). Just FYI, 1st appointment sampai la siap semua test (darah, HSG, semen), korang akan jumpe nurse aje. Bila semua test dah dpt result, baru la jumpa doc utk doc analisis test result. Jadi, kome usah riso.. awal2 ni jumpe misi2/nurse2 yg mesra gitu...:)

1. Hari pertama haid, telefon untuk buat temujanji X-Ray HSG.
2. Datang ke klinik untuk ujian darah isteri/suami antara hari ke-2 hingga ke 5 kedatangan haid.
3. Pastikan datang untuk ujian X-Ray HSG pada tarikh yang telah ditetapkan.
4. Isteri perlu datang ke klinik pada hari haid ke-21 untuk ujian darah kali kedua. (Sr P4). (Seperti yang ditetapkan oleh Jururawat semasa datang ujian darah kali pertama)
5. Tunggu haid isteri pada bulan berikutnya, hari pertama haid telefon klinik untuk temujanji berjumpa doktor (Sila telefon pada sebelah petang). Tarikh temujanji akan diberikan antara hari haid ke 2,3,4 atau 5.

Memandangkan masa 1st appt ni hari ke-9 haid, maka ktorang tak dapek la nak amik darah. Kena tunggu next cyle period dalam bulan 8 nanti utk test darah hubby and me. So, item no 2,4 and 5 tak applicable utk masa terdekat ni. Nurse tu advise proceed with item no 1 and 3 , which is HSG.... scary the merry..  sambung di entry yg berikutnya ye... :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan