Our Anniversary

Our Anniversary

Khamis, 16 Februari 2012

Post emo: kecoh la minah ni

Aku pon nak anak gak.. takde la kecoh mcm si memey ni.. nanti kalau 6 bulan lagi pregnant, masuk paper "Memey mengandung"... pastu beranak "Memey dapat anak"...

Kalau x pregnant2 gak, kuar plak "Memey cuba dapat anak" ... lepas 3 tahun x dpt gak "Memey pasrah tak dapat anak".... 

Lepas 5 tahun, Norman plak kuar statement "Saya mahu anak, jadi saya kahwin lain"... hehehe

 

p/s: ini hanya lawak,,, bukan realiti lagi .. saya sentiasa mendoakan semua wanita mendapat zuriat yg sempurna dan suami yg mencintai anda

----------------------------------------------------------------------

Memey mahu anak



Memey mahu lebih selektif dalam pemilihan karakter.


SEBELUM ini memang merancang juga... tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang."
Demikian kata jujur daripada bibir pelakon Memey Suhaiza ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Mingguan Malaysia di pusat membeli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Isteri kepada aktor Norman Hakim itu mengakui, sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, dia kini merasakan kehidupannya cukup berbeza.
Melalui raut wajah dan senyuman yang sentiasa terukir, nyata dia kini sedang berbahagia melalui kehidupan baru sebagai seorang isteri.
"Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna.
"Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri," katanya lagi.
Berbicara soal lakonan selepas mendirikan rumah tangga, Memey memberitahu, dia akan meneruskan kerjaya yang menjadi minatnya selama ini.
Namun tegas Memey, dia akan lebih selektif dalam pemilihan watak. Bukan berlagak cerewet tetapi keputusan itu diambil bagi menjaga hati suami tersayang.
"Setelah berkahwin dan menjadi isteri orang, saya sendiri perlu sedar akan tanggungjawab. Dalam masa yang sama saya juga perlu tahu membezakan mana yang baik atau buruk dalam membuat keputusan," jelasnya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama bekas isteri suaminya, aktres Abby Abadi, Memey memberitahu, semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
"Jika berjumpa, kami akan buat hal masing-masing. Biasanya kami berjumpa ketika Abang Norman hendak mengambil anak-anak. Tetapi, kalau berjumpa, kami memang tidak bercakap pun," jelasnya lagi.
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 26, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September tahun lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod, Bukan Untukmu, terbitan Suhan Movies and Trading Sdn. Bhd.
Dalam drama tersebut, Memey digandingkan bersama Ako Mustapha dan turut dibintangi oleh Ana Dahlia.

6 ulasan:

  1. media pun salah..suka sgt agung2kan cite psl minah nih..mcm la dia sorg je artis yg kawen..

    BalasPadam
  2. nape ntah semua cerita pasal dia ni bikin panas jek...hhehe

    hi..salam ziarah ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula nia... Sejak kes dia kene tangkap ngan norman tu mmg meluat tgk minah ni.. Tiba2 kluar statement "sebelum ni saya merancang juga..." bajet bley conceived senang2... Tp kalu dh rezki dia, i redha jela huhu

      Padam
  3. KELAKAR LAHHHH statement niii---> hehehehee!!!.. nanti kalau 6 bulan lagi pregnant, masuk paper "Memey mengandung"... pastu beranak "Memey dapat anak"...
    Kalau x pregnant2 gak, kuar plak "Memey cuba dapat anak" ... lepas 3 tahun x dpt gak "Memey pasrah tak dapat anak"....
    Lepas 5 tahun, Norman plak kuar statement "Saya mahu anak, jadi saya kahwin lain"... hehehe

    BalasPadam