Our Anniversary

Our Anniversary

Isnin, 8 Ogos 2011

2nd Appointment di LPPKN

Selasa, 2/8/11 lepas kami berdua telah berjaya ambil darah kat LPPKN untuk check hormon. Nama hormon tak ingat pulak. Nanti 'hapdet'. Pukul 9:30 kami sudah terpacak kat kaunter pendaftaran. Kalau naik LRT patut sampai awal lagi.. tapi oleh sebab ada agenda lain (tgk kapten amerika kat pavillion) heheh.. maka kami pon menaiki la kereta kecil warna kelabu itu.

Setengah jam selepas itu, kami telah berjaya mengisi full tank tabung darah tu walaupun hubby ada sikit2 cuak.. heheh.. rilek ye yang.. i tgk darah tiap2 bulan rilek je.. hihihi... Pukul 10 kami sudah selesai operasi... pantas sunggo! LPPKN terbaek wok.. So, next appt adalah pada hari period ke-21.. yakni 19/8.. Kebetulan hubby cuti time tu.. so bley la kami 'sopping2' plak.. almaklumla nak raya.. jln TAR sepelaung je kot dari LPPKN.. Alhamdulillah.. setakat ni semua urusan dipermudahkan... bos pon ok je bila mintak cuti.. tenkiu boss.. :)

Minggu ni kita teruskan 'berusaha' ye yang.. hihihi .. semoga bulan Ramadhan yang mulia ni, Allah Yang Maha Memperkankan Pinta memakbulkan doa kita berdua.. :)... ameen

2 ulasan: