Our Anniversary

Our Anniversary

Sabtu, 25 Februari 2012

Google nama sendiri

Penah tak google nama sendiri? try la.. tgk glem ke tak... hahaha.. dan make sure la takde info2 sensitip korang yg bertaburan dlm internet ni...

Malam2 ni xde koje...terpaksela carik koje google nama sendiri.. alih2 jumpe blog lama zaman prektikel dulu... best plak bace kisah2 silam... (luahan perasaan dikala keboringan masa prektikel.. hahha). Mengenangkan banyak plak kisah2 silam yg bley dikaitkan kalau tetiba ada org gatal jari nak google nama aku ni (kot2 client ke..bos ke..huishh malu2)

Pokoknya... delete aja blog lama itew... huhuhu...

Jumaat, 24 Februari 2012

Start balik semula

Nampak gayenye.. projek "mengKurus" jadik projek yo-yo dek kerana tak kuat semangat punye psl.. berat skang telah naik semula kpd asal (+3kg) sejak bln Nov 2011 aritu.. nak naik senang aje... aduh.....

Baru buat Ticker "mengKurus" utk bagi reminder setiap kali bace blog ... adakah ini akan berjaya??? kita saksikan 3 bulan lagi... hehehe

Selasa, 21 Februari 2012

Set Fire to The Rain (adele..pinjam tajuk sat..)

Kpd pembaca blog ini, yg ttc mahupun tidak ttc, sesungguhnya kami yg ttc ini hanyalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan mcm org lain. Fahamilah kami sebagaimana anda memahami org yg menghidap jantung berlubang, kencing manis, org kurang upaya.. etc.. Kalau rasa ape yg kami tulis ni tak betul, sila lah pendam je sbbnye ape yg kami tulis ni mmg betul berdasarkan pengalaman sendiri + org lain yg sekapal. Tapi.... isu yg kami tulis tu mungkin tak applicable utk semua org sbb realitinya, tak semua org sama.... itu aje yg perlu anda faham....


p/s: tajuk takde kaitan ngan entry pon...ehehe

Khamis, 16 Februari 2012

Post emo: kecoh la minah ni

Aku pon nak anak gak.. takde la kecoh mcm si memey ni.. nanti kalau 6 bulan lagi pregnant, masuk paper "Memey mengandung"... pastu beranak "Memey dapat anak"...

Kalau x pregnant2 gak, kuar plak "Memey cuba dapat anak" ... lepas 3 tahun x dpt gak "Memey pasrah tak dapat anak".... 

Lepas 5 tahun, Norman plak kuar statement "Saya mahu anak, jadi saya kahwin lain"... hehehe

 

p/s: ini hanya lawak,,, bukan realiti lagi .. saya sentiasa mendoakan semua wanita mendapat zuriat yg sempurna dan suami yg mencintai anda

----------------------------------------------------------------------

Memey mahu anak



Memey mahu lebih selektif dalam pemilihan karakter.


SEBELUM ini memang merancang juga... tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang."
Demikian kata jujur daripada bibir pelakon Memey Suhaiza ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Mingguan Malaysia di pusat membeli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Isteri kepada aktor Norman Hakim itu mengakui, sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, dia kini merasakan kehidupannya cukup berbeza.
Melalui raut wajah dan senyuman yang sentiasa terukir, nyata dia kini sedang berbahagia melalui kehidupan baru sebagai seorang isteri.
"Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna.
"Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri," katanya lagi.
Berbicara soal lakonan selepas mendirikan rumah tangga, Memey memberitahu, dia akan meneruskan kerjaya yang menjadi minatnya selama ini.
Namun tegas Memey, dia akan lebih selektif dalam pemilihan watak. Bukan berlagak cerewet tetapi keputusan itu diambil bagi menjaga hati suami tersayang.
"Setelah berkahwin dan menjadi isteri orang, saya sendiri perlu sedar akan tanggungjawab. Dalam masa yang sama saya juga perlu tahu membezakan mana yang baik atau buruk dalam membuat keputusan," jelasnya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama bekas isteri suaminya, aktres Abby Abadi, Memey memberitahu, semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
"Jika berjumpa, kami akan buat hal masing-masing. Biasanya kami berjumpa ketika Abang Norman hendak mengambil anak-anak. Tetapi, kalau berjumpa, kami memang tidak bercakap pun," jelasnya lagi.
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 26, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September tahun lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod, Bukan Untukmu, terbitan Suhan Movies and Trading Sdn. Bhd.
Dalam drama tersebut, Memey digandingkan bersama Ako Mustapha dan turut dibintangi oleh Ana Dahlia.

Anniversary trip: Pulau Rawa

wah... advance btul planning ktorang.. dlm kepala asik nak jln je.. ekekek.. anniversary bulan 10 nanti , nak pegi Pulau Rawa, Johor. Pulau ni tak glem sgt... tapi beach dia.. subhanallah... manyak cantek lah.. ongkos nye boley tahan mahal.. tapi takpe, kumpul duit dari sekarang... ehehe...

Utk rakan2 yg dah ketandusan idea nak pi honeymoon kat mana, cekidaut http://www.rawa.com.my/  & http://alangsrawa.com/ :D

Nak gi Honeymoon kat PD .. yeye

Dah lama tak honeymoon berdua-duaan tanpa sanak saudara.. ekeke... Tanye asben kelmarin..."yang.. ade bajet lebey tak bulan ni? jom pi tido hotel wikens ni buat projek buat hilang tensen?" asben ku pon berkata "marii.... cayang booking hotel kt pd ye".. yeyeye... ape lagi, terus call hotel booking bilik kat PD. Memula nak tido Tiara Beach resort.. tp bila baca review kat tripadvisor mcm tak besh je, tukar plan ke Selesa Beach Resort.. Dlm Tripadvisor.com, Selesa ni ranking #6 (haritu #5 huhu) , lepas thistle & 4 lagi hotel-yg-mahal-tak-hengat.

Next honeymoon, bulan 3... hahaha bejalan tak hengat. yg tu hotel free kat Cameron Highland (sbb ade subcribe dgn travel agency .. so dorang kasi penginapan 1 mlm free kat hotel yg affiliated ngan travel agency ni)

Ye rakan-rakan sekalian.. tahun ni tahun berjalan utk kami... enjoy jgn tak henjoy!!!  ekeke

Sabtu, 11 Februari 2012

Susu Kambing Kurma 1 mamak!

yesssss berjaye minum 1 cawan susu kambing kurma hari ni.... yg pasti bkn karihome brand hahaha. kenangan susu kambing karihome sudah dilupekan setelah minum susu kambing hi-goat yeahhh. higoat xdela bau sgt.. lg2 lps campor kurma... thnx kps ttcian yg share tips ni... i lap u all! :)

Jumaat, 10 Februari 2012

Tanda-tanda berat badan semakin naik

Sakit kaki.. kebas2 bila duduk bersila lama... kain bj kurung dh ketat... seluar jeans dh ketat.. tali pinggang dah tinggal 1 lubang dari hujung... haishhh.... tanda2 kene eksesais balik ...:(

Harini, dgn jayanya, telah eksesais di gym & berjaya membakar sebanyak 390 kcal... bley thn utk 1st day.. ahaha...

tp tadi lps eksesais mkn capati 2 keping (200kcal), buah honey dew (50kcal) ngan 1 bar cloud 9 kecik (60kcal) ... mari kite kire brape belen kalori :

390 - (200+50+60) = 80kcal je..... erk... ok la kot drpd takde...huhuhu....

Esok nak bekebun... myb bley bako lg 200kcal... Ahad ade kenduri plak... tambah lagi 300kcal...adeh.... harusla mkn sayur + buah shj mase kenduri ...   semoga perut ku tabah .....

Rabu, 8 Februari 2012

Object Oriented vs Dining table.. apekah???

Cik P dtg melawat dgn mesranya Ahad lepas.. hari ni dh CD 4... quite late to make an IUI appt with LPPKN.. for the past few months, no luck in setting up appt.. so i guess this cycle DIY as usual...

i think, after 2 yrs of marriage, making love with ttc in mind is kinda "object oriented" sgt... thinking something "new" to spice up the "night"... hehehe... sexy lingerie, candles, aromatherapy, "dining-table"... oopss... :D

Tajuk post tukar skit utk jd lebey spicy... hahaha.... (tgh bosan mode ni..)

Jumaat, 3 Februari 2012

Hangin mode: Double parking

Ada org "bijak pandai" double parking blakang keta aku kat opis... pastu tak tinggal no hp + tak tarik handbreak... hangin satu badan... baru je plan nak kuar pi beli bhn2 kek ngan antar borang jpj kat kedai keta thari ni... :(

Tak puas hati, aku pi report kat admin.. suh buat announcement ... kalau kene clamp, nasebla badan... bagi memuaskan hati yg tgh bengang ni.. aku kasi note skit kat keta dia.. bunyiknye lebey kurang gini:

"Please be more considerate next time you'll double parking. Leave your hp no or release hand break or you'll make someone's life miserable!"

Semoga dia "insaf" & alihkan keta cpt2 sbb kejap lagi aku nak blk woii!!

p/s: hangin2 ni mcm Cik P nak dtg je.... huhu

Rabu, 1 Februari 2012

Kurma Susu Kambing Blended

Pergh.. rasa nye adalah "terbaeeekkkk" wok. Alkisah, pegi Cold Storage. Jalan2 terjumpe susu tepung kambing Karihome.. belasah je la beli. Kat rumah mmg tetiap hari minum susu lowfat HL tu.. so bajet susu kambing ni takde hal la.. kijap aje licin... (pengajaran: jgn over confident!)

Nak dijadikan cite.. first day try minum tak jalan sbb bau susu kambing tu gile kuat.. dah la letak 3 scoop susu tepung kambing+kurma 7 biji+air 1 cawan.. asben je yg minum .. tu pon stengah je..

Hari ni try lagi skali.. tapi kurangkan jadi 1 scoop je + air jadi 1/2 cawan + 7 biji kurma. Asben berjaya menghabiskan 1 cawan... aku plak tutup hidung baru leh minum (bukak hidung lepas 1 minit minum ok.. sbb still bau kalau lps habis minum terus bukak)... hahaha... tapi tak habis.. tak daya den nak abiskan..

xpe.. esok cuba lagi.. esok kurangkan lagi air... senang skit nak abiskan...hahaha (tapi lagi pekat la jawabnye..erkkk) chaiyo! chaiyo tekakku!

p/s: smp sekarang ter"ngiang"2 bau susu tu.. huhuhu