Our Anniversary

Our Anniversary

Jumaat, 7 Oktober 2011

+0.5kg

Kegagalan utk melawat gym semalam telah menyebabkan peningkatan berat sebanyak 0.5kg. Begitu juga dgn kegagalan utk mengontrol nafsu makan di mana menu berbuka puasa adalah sebungkus nasik ayam yg lazat dan telah dimakan sehingga licin (patutnya mkn 1/4 je).

Malam nya pula, akibat telah menyinggah uptown, sekali lagi gagal mengontrol nafsu dgn memakan kuewtiao sup + air kopi. Bernasib baik kerana setelah separuh jalan melantak, tiba2 teringat kembali akan objektif 5 kg 5 minggu. Jadi, terus berhenti dan pas makanan itu kepada asben bagi mengelakkan pembaziran. Akibat nafsu makan yg masih ada, maka aktivi melantak diteruskan tapi hanya dengan makan buah betik dan menghabiskan hanya 1/2 cawan kopi tadi.

Hasilnya, naik 0.5kg hari ini (terima kasih kpd nasi ayam & kuewtiao sup!). Untuk membetulkan keadaan, maka hari ini perlu menyinggah gym dengan lebih lama dan bersenam 2x ganda dari biasa.. (haishh)

Sekian, laporan berita 5 kg 5 minggu hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan